Masih Kanak-Kanak Beli Rumah RM33 Juta Guna Pendapatan YouTube


Tidak perlu menunggu dewasa atau mendapat kerja tetap untuk membeli rumah, hanya di laman sosial sahaja boleh menjana kewangan.

Dan peluang ini tidak dilepaskan oleh seorang kanak-kanak bernama Ryan yang menggunakan akaun youtubenya untuk meraih keuntungan dengan menggunakan nama Ryan ToysReview.

Kini, seorang lagi budak kecil Korea Selatan, yang dikenali sebagai Boram Tube, menggunakan konsep yang sama dengan Ryan, namun bahasa pengantara sahaja berbeza.

Dilihat teknik pengeditan video menarik juga berjaya menarik sejumlah besar penonton dan jumlah langgan terhadap kanak-kanak ini.


Hasilnya, Boram berjaya menghadiahkan keluarganya dengan sebuah rumah agam yang bernilai hampir ₩9,500,000,000 (RM33,139,440).

Aset milik keluarga kanak-kanak berusia 6 tahun ini terletak di kawasan mewah di Gangnam, Korea.

Menurut data analisis YouTube di laman web Social Blade, 2 akaun YouTube milik Boram iaitu Boram Tube ToysReview dan Boram Tube Vlog merupakan akaun dengan pendapatan tertinggi di Korea Selatan.


Laman web tersebut menyebutkan purata pendapatan bulanan kanak-kanak ini bernilai USD3,100,000 (RM12,767,350). Source freemalaysiatoday.com

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Busi : Fungsi, Komponen Dan Cara Kerjanya

12 Wisata Kuliner Wajib di Bandung

Jam Gadang, Wisata Ikonik Di Bukittinggi, Padang Sumatera Barat